Kumpulan Hydra

Kumpulan Hydra dianggotai oleh lima jejaka terdiri daripada Lan (vokalis), Boy (pemain Bass), I-Zad (pemain Drum), Jezz (pemain Keybord) dan G- Beng (pemain Gitar)

Hydra telah ditubuhkan pada tahun 2005.

Kelebihan mereka berbanding kumpulan sedia ada, semua anggota Hydra mampu menyanyi dengan baik.

Kumpulan yang menjadikan Datuk Ramli Sarip sebagai mentor ini juga menyatakan bahawa mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain di luar sana.

Kumpulan Hydra mengusung konsep rock ini pernah membuat persembahan di Phnom Penh, Kemboja.

Hydra juga telah dipilih menjadi duta kepada kempen White Ribbon pada tahun 2013 yang bertujuan mencegah keganasan lelaki terhadap wanita dan lagu Hujung Mentari juga dipilih menjadi lagu tema untuk kempen tersebut.

Kumpulan Hydra

Hydra baru-baru ini telah melancarkan single pertama yang bertajuk Hujung Mentari.

Menariknya, lagu yang dicipta oleh Jason Choo dan lirik oleh Buddhi Hekayat (Luncai Emas) ini juga telah dipilih menjadi lagu tema filem Dampak yang dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya dan Intan Ladyana.

Hydra akan mengeluarkan album mini pada suku pertama tahun depan. Ia akan mengandungi lima buah lagu termasuk single Hujung Mentari.

"Album mini yang akan dilancarkan pada tahun depan ini mengandungi enam buah lagu dan setakat ini ia telah siap dalam 70 peratus," ujar Lan pula.

Bercakap tentang aktiviti seni mereka, Hydra menjemput khalayak yang berminat untuk mendekati dan mengenali mereka secara dekat agar mengunjungi Waikiki Bar pada setiap hari Isnin, Restoran dan Pub Elinor's (setiap Khamis), Rockafellas (setiap Jumaat) dan Hangover (setiap Sabtu).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top