Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)  bertema 'glass' (kaca) 

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)  mengangkat tema 'glass' ataupun kaca sebagai konsep bagi edisi penganjurannya yang ke-15. Konsep kaca dipilih sebagai simbolik di mana drama dan filem merupakan refleksi kisah sebenar dan realiti hidup manusia.

Elemen kaca akan diserapkan sepenuhnya pada malam anugerah menerusi set pentas, dekorasi keseluruhan serta pakaian dan tatarias bagi menghidupkan lagi suasana glamor.

Memantapkan lagi ASK 2013, dua pengacara yang tidak asing lagi, Awal Ashaari dan Faizal Ismail bakal digandingkan bersama seorang pelakon wanita yang semakin melonjak naik, Nad Zainal bagi mengemudikan majlis penganugerahan.

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)

Manakala pelakon Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly diberi mandat untuk mengendalikan acara karpet merah bersama dua pemenang dari pertandingan Pantene Star Search.

Memeriahkan lagi malam kemuncak ASK 2013 ialah barisan artis terkenal tanah air seperti Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Waris, DJ Fuzz, Azlan & The Typewriter, Hafiz dan Adira. Selain itu, Elecoldxhot, Adam Corrie, Johan As'ari dan Genervie Kam turut membuat penampilan istimewa pada malam itu nanti.

Secara keseluruhan, ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 buah kategori yang meliputi 11 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. ASK 2013 akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top