Faizul juara AF2013

Faizul telah diumumkan sebagai juara dalam Konsert Akhir AF2013 setelah Faizul mendapat undian SMS tertinggi berbanding lima finalis lain yang turut bersaing dengannya pada malam final itu.

Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.

Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyanyikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu, Sepasang Sayap.

Saingan terdekat Faizul pula ialah Azhael, duo yang dimasukan kembali atas undian AFMASUK. Mereka telah merangkul gelaran naib juara dan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi. Dua lagu yang dipersembahkan oleh Azhael Ialah Penglipur Lara dari Hazama dan lagu sendiri bertajuk Hentian Terakhir.

Pemenang tempat ketiga AF2013 ialah Amira dan dengan gelaran itu dia telah membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama sebuah trofi. Dua lagunya ialah Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu sendiri, Sesaat Untukku.

Indah adalah pemenang tempat keempat dan tidak mengecewakan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi. Lagu Indah pada malam tadi ialah Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan Percayalah yang merupakan lagu sendiri.

Faizul AF2013

Tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Nabila dan Aisyah. Nabila selaku pemenang tempat kelima juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Inspirer terakhir AF2013 iaitu Dato` Siti Nurhaliza yang juga turut membuat persembahan dengan lagu Seindah Biasa.

Tiga pengkritik tetap yang terus setia sehingga ke konsert akhir AF2013 ini ialah Edry Abd Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.

Konsert Akhir AF2013 telah bersiaran secara langsung dari Stadium Negara, Kuala Lumpur dan ditayangkan di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top