Kutipan filem Highland Tower RM3.3 juta (12 hari)

Filem seram Highland Tower terbitan Metrowealth Pictures (MIG) mengaut kutipan tiket RM3.3 juta selepas 12 hari tayangannya di pawagam-pawagam seluruh negara sejak 31 Oktober lalu.

Menurut penerbit MIG, David Teo, filem yang menggunakan lokasi penggambaran di kondominium Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993 itu memberikan pulangan yang baik dalam syarikat produksinya.

"Sejak kebelakangan ini filem Melayu susah mahu kutip tiket lebih RM1 juta kerana lambakan filem Melayu dan juga filem import. Tetapi kutipan tiket Highland Tower memberi suatu petanda positif kepada syarikat seperti MIG," ujarnya.

Highland Tower arahan Pierre Andre dilakonkan ramai pelakon muda antaranya Niezam Zaidi, Mikhail Andre dan Shima Anuar yang mana ia adalah antara filem seram MIG yang mendapat sambutan penonton. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top