Sinopsis telefilem Arjunaku Keju 

Telefilem  Arjunaku Keju mengisahkan Juliana yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan membuka kedai kek. Kedua ibu bapanya, Datuk Mansur dan Datin Halida, merestui hasrat anak tunggal mereka untuk mengusahakan kedai kek.

Mereka berdua tahu, senakal mana pun anak gadis mereka, dia akan berjaya juga. Rakan baik Juliana sejak di bangku sekolah iaitu Syika turut membantu Juliana menguruskan kedai kek itu.

Jangan disangka wajah secantik Juliana suka berpeleseran dengan lelaki. Hatinya tidak pernah tertarik dengan manamana lelaki, namun selepas kedainya dikunjungi pelanggan lelaki kacak, bergaya dan tampan, ia berjaya membuatkan Juliana jatuh cinta terhadap lelaki itu.

Dengan keberanian yang ada, Juliana bertanyakan nama, umur dan alamat lelaki itu yang bernama Farid.

Sebaliknya, pada diri Farid dia hanya sukakan kek keju yang dijual di kedai Juliana.

Farid anak yatim piatu yang bergelar usahawan syarikat rekaan dalaman.

Walaupun dia terkenal dengan sikap tidak peramah dan kurang bercakap, tetapi dia bos yang baik hati. Bukan dia tak mahu bercinta, tetapi Farid mempunyai prinsip hidup tersendiri, `rezeki lebih penting daripada cinta'.

Jadi ramailah gadis termasuk pekerjanya sendiri menggigit jari. Fatin, penolong pengurus di syarikat Farid, turut menyimpan perasaan suka terhadap Farid.

Sementara itu, Juliana yang sudah jatuh cinta pandang pertama terhadap Farid, mula gila bayang dan membuka kedainya seawal jam 6 pagi, sehinggakan keluarganya pelik dan tertanyatanya mengapa awal sangat?

Arjunaku Keju diarahkan oleh Rashid Mahidin dan terbitan Raden Pictures

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top