Sinopsis Pulang Sayang (drama TV2) lakonan Beego

Pulang Sayang mengisahkan Adil adik kepada Firdaus, mencintai Aliyah. Mereka bertiga bekerja di bawah satu bumbung. Dalam diam Firdaus turut meminati Aliyah tetapi kerana sikapnya yang dingin, Aliyah tidak dapat menerimanya.

Selepas lama bercinta Aidil akhirnya berjaya memiliki hati Aliyah dan mengahwininya.

Perkahwinan itu ditentang ekoran permusuhan keluarga yang berlaku terutama ibu Aidil, Sharifah Sofia lakonan Wan Nor Azlin, kerana suaminya Yusof (Mustafa Kamal) pernah bercinta dengan ibu Aliyah, Afifah (Raja Ema).

Perbalahan keluarga dan sikap mata keranjang Aidil yang hanya diketahui Aliyah selepas bernikah menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Selepas Aidil dan Aliyah bercerai, Firdaus berasakan itulah waktu terbaik untuknya memenangi semula hati Aliyah.

Beego
Drama Pulang Sayang terbitan Bright Network Sdn Bhd (BNSB) disiarkan menerusi TV2 memaparkan tema cinta tiga segi.

Pulang Sayang menampilkan pelakon berpengalaman seperti Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, atau Beego, Syed Kamaruzzaman Syed Mahmood (Syed Aiman), 38 dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 24, berupa karya terbaru yang skripnya ditulis novelis terkenal Sharifah Abu Salem.

Pulang Sayang turut membariskan pelakon popular dan pendatang baru seperti Zila Bakarin, Linda Hashim, Mustafa Kamal, Idris Mad Diah, Wan Norazlin, Raja Ema, Adibah Yunos, Syatilla Melvin, Linda Bangs, Ayang Abas dan Fira Fendi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top