Program realiti bertemakan kulinari, Masterchef Malaysia bakal bersiaran kembali di Astro Ria. Untuk edisi kali ini, rancangan ini tampil dengan peserta-peserta yang pernah mewarnai program ini pada musim terdahulu.

Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) bakal bersiaran pada hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam, bermula 23 November ini menerusi Astro Ria dan Astro Maya HD. Masih kekal dengan konsep dan format yang sama, MCMAS mengumpulkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai yang dijemput semula untuk memanaskan dapur.

Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) 2013

Senarai peserta Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) 2013
20 orang peserta MCMAS adalah terdiri daripada 10 orang selebriti yang pernah bertarung dalam Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Azwan Ali, Karl Shafek, So Wincci, Raja Azmi, Kenchana Devi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanir dan Enot manakala 10 orang peserta yang lain merupakan bekas peserta Masterchef Malaysia iaitu Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.

"Membawa tema hidangan pembalasan, kami berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing peserta musim ini yang kini kembali dengan peluang kedua bagi menyahut cabaran untuk beraksi di dapur MCMSA," jelas Raqim Ahmad selaku Pengurus Saluran Astro Ria.

"Membawa kembali barisan juri musim lepas iaitu Chef Adu, Chef Zubir dan Papa Joe, kami yakin peserta musim ini akan bersaing dengan sengit berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka," tutur Raqim ketika ditemui di Sidang Media MCMAS di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Untuk mendapatkan informasi terbaru mengenai perkembangan program MCMAS, layari laman web www.masterchef.com.my ataupun lakukan carian di Twitter atau Facebook menerusi kata kunci 'Masterchef Malaysia'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top