Ramai yang sudah maklum, pasangan popular Zain dan Che Ta sedang melakukan persiapan perkahwinan dan sudah pun banyak berhabis di kota London bagi membuat persiapan perkahwinan mereka.

Menurut pelakon Oh My English ini, persiapan perkahwinan mereka hanya tinggal 30 peratus sahaja lagi untuk siap sepenuhnya.

“Saya dan Rozita sudah belanja lebih RM200,000 untuk majlis kami ini. Setakat ini, saya dan dia mengeluarkan RM100,000 setiap seorang,” katanya.

Meskipun persiapan sudah banyak dilakukan, namun sehingga kini pasangan ini masih belum mendedahkan tarikh hari bahagia mereka itu.

Bukan mahu berahsia, namun menurut Zain, mereka masih belum mendapat tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.


“Kami masih tidak dapat tarikh dan lokasi yang sesuai lagi, sebab sekarang, musim cuti sekolah.

“Jadi kebanyakan keluarga dan kawan-kawan kami bercuti ke luar negara, jadi ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke majlis perkahwinan kami,” katanya yang bimbang sekiranya majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri keluarga dan teman rapat.

Dalam pada itu, Zain turut menegaskan bahawa dia kini sedang berusaha mencari lokasi yang sesuai sekali gus mahu memberikan ruang keselesaan kepada keluarga dan teman rapat yang menghadiri majlis perkahwinan mereka.

“Kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar supaya tempat itu mampu menampung lebih ramai orang yang datang ke majlis kami

“Saya juga akan menjemput semua media untuk datang ke majlis perkahwinan kami. Namun kami akan sediakan jurukamera rasmi pada majlis yang akan berlangsung nanti,” ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top