Kes kebocoran filem KL Gangster 2 sekali lagi menjadi perhatian apabila Produser Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam dikatakan sudah mengetahui dalang di sebalik penyebaran itu.

Apa yang mengejutkan, bapa kepada pengarah filem itu dikatakan sudah mengetahui siapakah dalang di sebalik penyebaran tersebut, namun hanya mahu 'tutup mata' dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap isu tersebut.

Bagaimanapun, Yusof tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa dia belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa.

"Siapa pula yang sebar perkara ini? Semuanya spekulasi semata-mata.

Datuk Yusof Haslam

"Walaupun sudah sebulan ia berlalu, saya masih menunggu maklum balas daripada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Buat masa sekarang, saya hanya mampu berdoa agar segalanya berakhir dengan baik," ujarnya.

Tegasnya, dia tidak mahu mengganggu urusan pihak berkuasa dan menunggu keputusan dengan sabar.

"Lagipun saya hanya orang industri dan tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana pihak yang terlibat.

"Saya serahkan semuanya kepada mereka menyiasat perkara ini dengan teliti," katanya.

Untuk pengetahuan, filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini berjaya juga berjaya mengutip RM4.5 juta selama dua minggu tayangan.

"Mungkin kami berjaya mengutip nilai kutipan yang sama dengan kos perbelanjaan tapi dalam masa yang sama kami juga kerugian.

"Namun saya bersyukur, masyarakat tidak putus beri semangat dan sokongan terhadap filem ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top