Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd “Mawar Putih Tanda Perpisahan” diiktiraf Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013.

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Drama arahan Bade Haji Azmi itu berjaya membolot dua anugerah lain dalam kategori Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Namun demikian Bade tewas kepada isterinya Erma Fatima (Aku Bukan Malaikat) dalam kategori Pengarah Terbaik. Menerusi drama tersebut, pelakon Umie Aida membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama.

Drama yang disiarkan di Astro terus mengungguli kategori lain antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Wan Hanafi Su) menerusi drama Hari Hari Terakhir Seorang Seniman.

Dalam kategori filem, KIL muncul sebagai Filem Terbaik, manakala pengarah Nik Amir Mustapha turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Pelakon Cristina Suzanne memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem, manakala Shaheizy Sam membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem.

Astro turut membawa pulang trofi Rancangan Realiti Terbaik menerusi Maharaja Lawak Mega dan Dokumentari/Majalah Terbaik menerusi Salam Muslim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top