Kumpulan Gerak baru sahaja dimasukan ke Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu lalu atas tiket ‘kerusi panas’, namun nasib nampaknya tidak menyebelahi mereka apabila mendapat undian terendah di minggu pertama danterus disingkirkan.

Itulah yang terjadi kepada kumpulan Gerak apabila diumumkan sebagai kumpulan pertama tersingkir dari MLM 2013, malam tadi. Kumpulan Gerak tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 15 kumpulan lain yang bersaing dalam MLM 2013 kali ini. Turut mendapat undian terendah tetapi terselamat ialah kumpulan Wala dan kumpulan Tulang.

MLM 2013 minggu pertama telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan turut diumumkan malam tadi ialah empat orang juri tetap yang bakal menerajui MLM 2013 ini. Mereka ialah penerbit dan pengarah filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam, artis dari Singapura iaitu Sheikh Haikel, bintang dari Indonesia, Luna Maya dan aktres jelita tempatan, Nora Danish.


Penyingkiran kumpulan Gerak tadi telah diumumkan oleh Datuk Yusof Haslam sendiri bersama hos MLM 2013, Dato` AC Mizal. Antara sistem baru dalam MLM 2013 ini sistem bintang yang diberikan juri kepada setiap peserta selepas membuat persembahan.

MLM 2013 nampaknya menyaksikan penguasaan awal oleh kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim. Turut memberi saingan kali ini ialah kumpulan Shiro, Jambu dan Nabil.

Sebanyak 16 kumpulan telah bersaing dalam MLM 2013 iaitu selain Gerak yang tersingkir, turut bersaing ialah Mamu, Zero, Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kedua pada minggu hadapan. ~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top