Pelakon Zul Ariffin dikhabarkan sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38.

Namun, Zul akui masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.

Gayatri Su-Lin Pillai

"Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.

"Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu," katanya.

Aktor itu mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top