Saat yang dinantikan telah pun tiba. Esok, enam peserta iaitu Amira, Aisyah, Azhael, Faizul, Indah dan Nabila bakal merebut gelaran juara Akademi Fantasia (AF) 2013.

Semakin dekat konsert akhir AF2013 menghampiri kita, semakin panas bahangnya terutama buat bintang AF yang masih kekal untuk berjuang di pentas akhir demi mengejar cita-cita.

Siapakah yang bakal menjuarainya? Mungkin agak sukar bagi penonton di rumah dan peminat bintang AF meneka ‘si pemenang’ berdasarkan keputusan mengejutkan ketika konsert semi final yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini.

Persembahan pembukaan oleh Azhael (duo) dengan lagu Kembali Merindu turut menampilkan Zamani sebagai penampilan khas nampaknya masih tidak mampu meletakkan dirinya ke final.

Faizul dan Aisyah yang memberikan persembahan cukup bertenaga mendapat pujian dan melayakkan mereka ke final.

Berbeza pula dengan persembahan Amira dan Nabila yang dikritik juri kerana dikatakan mengecewakan kerana masih mengulangi kesilapan yang sama. Berikutan permintaan yang menggalakkan daripada penonton, maka talian AFMasuk dikembalikan semula.

Pengumuman ini menyaksikan tujuh bintang yang tersingkir iaitu Suhada, Nona, Sani, Irmisa, Azhael, Iman dan Darren diberi peluang kedua untuk berentap di pentas akhir nanti.

Berdasarkan kuasa undian penonton, Azhael kembali terselamat setelah keputusan AFMasuknya mendapat undian tertinggi melalui sistem undian SMS penonton yang berpihak kepadanya, sekali gus layak mara ke pentas akhir AF2013.

Juara AF2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi manakala tempat kedua bakal memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.

Selain itu, tempat ketiga bakal pulang dengan hadiah RM20,000, keempat wang tunai RM10,000 dan kelima RM5,000 dan trofi.

Sama-sama kita saksikan konsert akhir AF2013 secara percuma yang akan berlangsung di Stadium Negara esok pukul 9 malam. Datang beramai-ramai dan jangan lupa untuk mengundi finalis pilihan kamu!
~ Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top