Peserta duo dari Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain).

Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.


Penyingkiran Azhael sekali gus melayakkan lima finalis lain iaitu Nadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun reda dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya.
Lima peserta (dari kiri) Indah, Nabila, Amira, Aishah dan Faizul mara ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 17 November ini.

"Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujarnya 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top