Sinopsis telemovie Mengejar Neraka

Mengejar Neraka mengisahkan Salamah, ibu Fakhri datang ke rumah mereka selama seminggu. Salamah tidak suka apabila Ainun meminta bantuan Fakhri membuatkan minuman kerana Ainun kepenatan baharu balik dari pejabat. Mendengar arahan Ainun, Salamah terus melenting dan menyifatkan Ainun seorang isteri 'queen control'.

Salamah mula menasihati Fakhri tentang tugas dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh Ainun. Fakhri dilarang mengikut arahan Ainun. Akibatnya Fakhri dari seorang suami yang suka membantu isteri, bertukar menjadi suami yang suka memberi perintah dan tidak lagi suka membantu.

Menyedari Fakhri bakal mengikut telunjuk ibunya, Ainun cepat-cepat bertindak menghalang. Ainun mencari pengamal ilmu sihir untuk menundukkan Fakhri. Fakhri benar-benar berubah selepas terkena ilmu sihir berkenaan. Beberapa bulan kemudian Salamah datang lagi ke rumah Fakhri. Kali ini dia benar-benar terkejut melihat apa yang berlaku. Fakhri melakukan apa semua arahan Ainun.

 telemovie Mengejar Neraka
Suatu hari, Salamah ternampak perbuatan Ainun meletakkan sesuatu ke dalam makanan Fakhri. Ainun mengaku selama ini memang dia menyihir Fakhri supaya Fakhri tunduk kepadanya. Salamah sangat marah dan ingin kembali ke kampung. Ainun tidak mahu melepaskan Salamah begitu sahaja. Dia turut mengenakan sihir kepada Salamah.

Ainun ambik kesempatan, meminta Salamah menukar semua nama harta Salamah kepada namanya. Salamah tidak membantah. Safura hairan kerana Salamah sudah berjanji akan memindahkan pemilikan hartanya kepada Safura. Safura mula terfikir mesti ada yang tidak kena dengan emak dengan abangnya.

Safura mengajak pakciknya, Pak Uda Hassan untuk melihat apa yang berlaku. Ainun sedang mendera Salamah kerana Salamah membuat kesilapan. Tidak tahan melihat emaknya diperlakukan begitu, Safura mengajak emaknya balik. Ainun tidak menghalang.

Sampai di tengah jalanraya dan Pak Uda Hassan sedang memandu laju, tiba-tiba Salamah memberontak mahu turun di tepi jalan. Pak Uda Hassan tidak dapat mengawal kerata dan dia sendiri terbabas. Salamah mati di tempat kejadian.

Malam selepas kematian Salamah, Ainun mula merasakan muka dan seluruh tubuhnya gatal-gatal. Keadaan Ainun semakin teruk lalu Fakhri membawanya ke klinik. Tetapi ubat yang diberikan doktor tidak mampu menghilangkan kegatalannya.

Malah di antara sedar dan tidurnya, Ainun ternampak lembaga-lembaga menakutkan seperti binatang berupa manusia ,monyet dan sebagainya. Ainun tidak tahan dengan keadaan itu dan mengajak Fakhri pulang ke rumahnya. Ainun ke rumah pengamal sihir tempat dia meminta ubat mengenakan Fakhri. Malangnya pengamal perubatan tersebut menghalaunya dan tidak mahu membantu.

Di rumah Ainun pula, Ainun juga sedang berdepan dengan situasi yang menakutkan. Dia masih merasai gatal-gatal di tubuhnya. Dari kesan gatal keluar pula serangga seperti lipas, semut dan cacing. Ainun terjerit-jerit kerana takut dan geli. Ainun mencari jalan untuk membunuh serangga-serangga tersebut. Ainun cuba membunuh serangga dari tubuhnya bagaimanapun semakin lama serangga bertambah banyak keluar dari kesan gatal di tubuhnya.

Apakah yang berlaku kepada Ainun? Dapatkah Fakhri diselamatkan?

Pelakon: Pekin Ibrahim ,Lisdawati, Julia Ziegler, Ramona Zam Zam, Rose Iskandar dan Raisuddin.

Telemovie Mengejar Neraka arahan Along Kamaludin disiarkan' pada 26 November, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top