Sinopsis Di Bawah Langitmu 

Di Bawah Langitmu mengisahkan Annur yang merupakan gadis yang menjadi igauan hampir setiap anak muda dalam kampung itu.

Dia merupakan seorang yang cantik, lembut, warak dan bakal disatukan dengan Farid. Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut.

Sikapnya yang panas baran dan kaki pukul membuatkan pinangannya ditolak oleh keluarga Annur. Yazid yang berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat. Keluarga Annur menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka.


Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung. Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya.

Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari. Mampukah percintaan mereka menemui kebahagian hingga ke akhirnya?

Pelakon: Nora Danish, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Ako Mustafa, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Zaidi Omar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top