Kemenangan sebuah filem pendek mengenai mencipta kebahagiaan sendiri yang dinobatkan pemenang anugerah Yahoo-MAS Cilli Padi 2013 telah dibatalkan beberapa jam selepas pengumuman kemenangan dibuat.

Filem pendek berjudul ‘Accepted’ itu diarahkan oleh Muhammad Redha Ampuani, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal berusia 21 tahun.

Yahoo Malaysia dalam kenyataannya menyebut, filem pendek tersebut mempunyai ‘persamaan ketara’ dengan sebuah video berjudul 'One Step Forward' yang dimuatnaik di Vimeo dua tahun lepas.

Ekoran pembatalan itu, filem pendek yang sebelum ini memenangi tempat kedua, ‘Sly’ meraih tempat pertama diikuti 'Tiger' di tempat kedua dan 'Life' di tempat ketiga.

Anugerah Yahoo-MAS Cili Padi merupakan inisiatif Yahoo memberi platform kepada pembikin filem muda mencipta filem pendek berdurasi tiga minit mengikut kreativiti mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top