4.6 Juta Penonton tonton Finale Love You Mr. Arrogant 

Drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' yang menamatkan siarannya minggu lalu mencatat sejarah tersendiri apabila mengumpul jumlah penonton keseluruhan seramai 4.6 juta sepanjang siarannya dari jam 7 petang hingga 8 malam pada 7 November 2013.

"Alhamdulillah, sebuah lagi drama bersiri dari slot Akasia 'Love You Mr Arrogant' telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan menjadi buah mulut penonton Malaysia sejak bersiaran pada 25 September 2013.

"Petang di Malaysia kini bertukar kepada petang Akasia hanya kerana setiap petang bermula Isnin hingga khamis, semua penonton di Malaysia akan melekat di TV3 demi menonton slot Akasia kerana banyak drama-drama di slot ini menyimpan rekod rating tertinggi seperti Nora Elena, Tentang Dhia, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, Cinta Jannah dan terkini Love You Mr Arrogant yang berjaya mencipta sejarah tontonan paling tinggi," ujar Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin.

Bukan hanya di kaca televisyen, drama ini juga mendapat sambutan hangat di Twitter apabila setiap minggu ia menjadi 'trending' terutama episod terakhir di mana #LYMA trending di posisi nombor satu di Malaysia.

Selepas ‘Love You Mr Arrogant’, saksikan pula sebuah lagi drama hebat adaptasi novel popular ‘Playboy Itu Suami Aku’ terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top