Sinopsis Neraka Abah 

Neraka Abah mengisahkah tentang Kimi seorang budak remaja yang terpaksa menanggung derita selepas kematian ibunya, Pak Kamil seperti hilang akal dan terus menyalahkan Kimi di atas pemergian isterinya yang tercinta.

Sejak itu, Pak Kamil terus mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Kimi terpaksa menguruskan hal adik-adiknya yang lain seperti seorang yang matang. Sejak ketiadaan ibu mereka, Acik dan Kimi sentiasa bersama.

Acik begitu menyayangi Kimi yang banyak mengajarnya tentang kehidupan. Mereka sentiasa melindungi antara satu sama lain. Pak Kamil hilang arah sehingga terjerumus ke dalam lembah dadah dan tidak dapat berfikir secara waras.

Suatu petang, apabila Cikgu Saadah datang melawat Acik di rumah, Pak Kamil cuba merogol Cikgu Saadah tetapi sempat dihalang oleh Acik.

Bengang dengan tindakan Acik yang campur tangan, Pak Kamil terus membelasah Acik hingga kaku tidak berdaya. Kimi yang baru pulang telah mengejar dan menolak bapanya sehingga jatuh. Kimi akhirnya disabitkan kesalahan juvana kerana masih lagi bawah umur.

Pelakon: Syafie Naswip, Azhan Rani, Zarina Zainuddin, Amyza Aznan, Adik Rykal, Liza Abdullah, Rashid Jaafar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top