MLM 2013: Kumpulan Kucai dan Osama tersingkir minggu ketiga

Tema cinta pada minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kali ini nampaknya tidak memberi tuah kepada dua kumpulan iaitu Kucai dan Osama apabila mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir minggu ini.

Kegagalan menarik perhatian juri serta gagal mempersembahkan jenaka dalam tema percintaan dengan baik telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini terpaksa menerima hakikat yang perjuangan mereka di MLM 2013 telah pun tamat.

Kucai dianggotai oleh Mamat, Munir dan Arin manakala Osama pula menampilkan dua pelawak veteran iaitu Isma Alif dan bekas pemenang MLM musim pertama , Os. Mereka tersingkir selepas mendapat markah terendah dari juri dan SMS undian dari penonton.

MLM 2013

Kumpulan Mamu yang berada di kedudukan tiga terbawah pada minggu ini bagaimanapun terselamat.

Keputusan penyingkiran mereka diumumkan oleh juri tetap MLM 2013 iaitu Nora Danish dan Sheikh Haikel. Selain mereka berdua, turut berada di kerusi juri tetap ialah Datuk Yusof Haslam. Seorang lagi juri tetap, Luna Maya dari Indonesia tidak dapat hadir pada malam tadi.

Dengan penyingkiran Kucai dan Osama, tinggal 12 lagi peserta untuk terus bersaing dalam MLM 2013 pada minggu hadapan.

MLM 2013 untuk minggu ketiga telah berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam dan dihoskan oleh Dato` AC Mizal. Program ini turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (131) dan Mustika HD (134).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top