Kim Kardashian Individu Paling Berpengaruh di Internet
Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dipilih sebagai antara 30 Individu Paling Berpengaruh di Internet oleh majalah Time, setanding dengan nama-nama besar lain seperti Presiden, Barack Obama, Beyonce dan penulis novel Harry Potter, J.K. Rowling.
Laman web Huffington Post yang memetik laporan Time menjelaskan, pemilihan selebriti berusia 34 tahun itu dibuat berdasarkan pengaruhnya menguasai media sosial sekali gus meraih populariti dalam kalangan peminat.
“Dia menguasai seni selfie dengan baik apabila memuat naik gambar-gambar menarik bersama rakan-rakan selebriti termasuk di dalam bilik air yang mewah. Semua itu dilakukan bagi menarik perhatian lebih 27 juta pengikut Instagramnya.
“Selain itu, Kardashian juga bijak mempertahankan diri daripada pelbagai kritikan melalui akaun Twitter. Setiap perkara dijelaskan dengan baik. Dia juga menggunakan laman sosial untuk mempromosikan pelbagai perniagaan baharu,” jelas Time.
Dalam satu temu bual Kardashian mengakui, media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupannya sebagai manusia biasa dan selebriti.
“Media sosial hanya akan berfungsi jika kita terbuka, jujur, dan orang ramai berminat untuk mengikuti perkembangan hidup kita. Saya hanya berkongsi kehidupan saya bersama mereka yang berada di luar sana,” ujarnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan