Pelawak veteran terkenal, Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, dimasukkan ke Hospital Selayang baru-baru ini akibat pendarahan pada tonsil.
Selepas lapan hari dirawat, Os dibenarkan pulang Sabtu lalu dan kini semakin pulih serta sedia untuk kembali bekerja.
"Saya sebenarnya tidak sakit tekak atau apa sebelum ini namun ada pendarahan tanpa henti pada tekak kerana kesan ubat khas untuk jantung saya. Setelah diperiksa doktor mengarahkan saya untuk menjalani pembedahan.
"Doktor turut menasihatkan saya untuk menguatkan semangat. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk merawat dan kita sendiri perlu kuat," kata Os kepada BH Online.
Bagaimanapun, mengikut Os, dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.
"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit dan tidak kuat untuk mencari rezeki yang mana membuatkan orang tidak lagi mengambil saya bekerja. Kudrat saya masih kuat untuk kembali bekerja dan saya pun sudah hampir sembuh sepenuhnya.
"Buat masa ini saya belum lagi mengambil penumpang kerana tidak mahu ada yang takut dengan jahitan di leher saya ini," katanya.
Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.
~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan