Teater Kena Main 27 Mac - 5 April 2015, Panggung Sari, Istana Budaya

Aktivis teater, Khalid Salleh bakal mementaskan sekali lagi naskah 'Kena Main', sebuah teater konvensional, pada 27 Mac hingga 5 April di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Teater ini nama-nama hebat seperti Eman Manan, Aida Othman, Sabri Yunus, Ebby Saiful, Azizah Mahzan, Mohd Rodhi Md Noor dan Azman Hassan.

Tiket teater dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM105 dan RM155, dan boleh dibeli secara dalam talian di redtix.airasia.com.

Kena Main mengisahkan empat sahabat yang cacat penglihatan, mencari rezeki dengan membuat persembahan nyanyian di kaki lima di Kuala Lumpur.

Teater Kena Main

Pementasan ini dianggap memberi erti yang cukup besar, bukan hanya kepada Khalid dan pemain-pemainnya, tetapi juga kepada IB yang selama ini banyak mementaskan teater muzikal hingga mendapat kritikan beberapa pihak.

Usaha IB dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) mengambil inisiatif mementaskan teater ini dengan tujuan untuk mengangkat karya sastera berkualiti ke tahap lebih tinggi, selain berkongsi karya tersebut bersama-sama masyarakat setempat melalui penyampaian dalam bentuk teater sebenar yang penuh dengan teladan dan menghiburkan penonton.

Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron berkata naskah-naskah yang dihasilkan Khalid perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya dengan membawanya ke pentas yang lebih besar.

"Khalid merupakan pejuang atau aktivis dalam dunianya tersendiri, iaitu lakonan, penulisan dan bahasa bangsanya.


"Kena main sebagai teater konvensional bukan sekadar memberikan hiburan, bahkan turut menyampaikan mesej dan idealogi untuk menjana pemikiran penonton," katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top