K-Pop: Leeteuk (Suju) Tak Dibenar Lakukan Pembedahan Plastik 

Ahli kumpulan Super Junior, Leeteuk ditegah daripada melakukan pembedahan plastik selepas dia menyatakan hasrat untuk melakukan beberapa perubahan pada wajah.

Soompi melaporkan, seorang doktor melarangnya daripada melakukan perkara itu ketika dia mendapatkan khidmat nasihat berhubung perkara itu.


"Saya pernah berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan plastik tetapi di tegah untuk melakukanya kerana pembedahan plastik hanya untuk memperbaiki dan bukan mengubah bentuk asal muka," katanya.

Sementara itu, Leeteuk menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak melakukan pembedahan plastik jika tidak perlu.

Leeteuk menceritakan pengalaman ketika mengacara rancangan White Swan bersama Lee Seung Yeon yang membincangkan tentang pembedahan plastik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top