Juliana Evans sedang mengenali Sonaone
Juliana Evans menyifatkan Sonaone sebagai seorang yang mudah didekati dan bersahaja. Bagaimanapun, dia mengakui masih terlalu awal bagi mereka bergelar sepasang kekasih.
Baru saja menampakkan wajah mulusnya dalam industri seni layar perak selepas pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat beberapa bulan lalu, nama Juliana Evans terus naik mendadak. Desas-desus mengenai percintaannya bersama seorang penyanyi rap terkenal Sonaone menjadi bualan hangat di forum dan media sosial.
Hubungan pasangan dua sejoli ini mula dihidu melalui akaun perkongsian gambar milik teman rapat mereka, Marina Juki. Juliana sendiri yang memberi bayangan mengenai hubungan mereka, bagaimanapun, kejelasan mengenai hubungan sebenar mereka masih lagi samar-samar.
Sonaone turut mendedahkan bahawa perhubungan mereka sebenarnya bukan sekadar teman biasa, malah, lebih daripada itu.
Enggan berteka-teki, Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan sebenar daripada pelakon yang akan tampil menerusi filem terbaharu lakonannya, Tujuh Dimensi Alif. Ikuti pengakuan jujur pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.
Kosmo!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Juliana kini menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Sonaone?
JULIANA EVANS: Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa kami merupakan sepasang kekasih. Buat masa sekarang, saya selesa bersahabat dengan dia. Tiada apa yang istimewa dalam perhubungan kami. Apa yang boleh saya nyatakan ialah kami masih lagi dalam peringkat teman rapat sahaja.
Bagaimanakah hubungan kalian boleh menjadi rapat?
Saya dan dia (Sonaone) mempunyai banyak teman yang saling mengenali antara satu sama lain. Kebanyakan rakan kami adalah daripada keluarga syarikat rakaman Kartel Records. Jadi, kami dilihat kerap meluangkan masa bersama. Jika keluar bersama, kami tidak keluar berdua, malah rakan-rakan lain turut bersama kami. Di samping itu, kebelakangan ini, kami sering bekerjasama bersama termasuk sesi fotografi.
Sudah berapa lamakah kalian saling mengenali antara satu sama lain?
Sebenarnya, saya dan dia sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kami pertama kali berjumpa lapan tahun lalu ketika saya dan dia kebetulan bertemu di tempat uji bakat bagi sebuah iklan komersial. Kami tidak rapat, tetapi jika bertemu, kami sering berkongsi cerita mengenai hal kerja sahaja.
Adakah Sonaone menepati ciri-ciri lelaki pilihan anda?
Saya tidak tahu hendak berkata apa, tetapi, saya selesa berkawan dengan dia. Dia merupakan seorang yang sangat bersahaja dan mudah didekati.
Pada masa akan datang, adakah kemungkinan anda akan menjadi pasangan kekasih?
Saya tidak dapat menolak jodoh, jika dia terletak untuk menjadi jodoh, saya terima seadanya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai hal tersebut. Kami masih di peringkat mengenali hati budi masing-masing. Jika ada jodoh tidak ke mana.
Boleh anda ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?
Bercerita mengenai hal seni, saya baru sahaja tamat penggambaran filem bersama Izzue Islam berjudul Tujuh Dimensi Alif. Saya juga bergandingan bersama Liyana Jasmay menerusi sebuah lagi filem yang akan memulakan penggambaran pada April nanti. Selain itu, saya juga kini sibuk dengan kerja sebagai duta beberapa produk kecantikan.~ Kosmo

0 ulasan:
Catat Ulasan