Khairy Jamaluddin jadi pelakon?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menarik perhatian di media sosial apabila muncul beberapa minit dalam sebuah video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi.

Video berjudul "Be Yourself in a Job Interview by Mat Luthfi " itu berkisarkan tips semasa temuduga kerja.

Video berdurasi 2 minit 41 saat yang diterbitkan oleh Ready4WorkMy itu kini ditonton lebih 22,800 pelayar YouTube sejak dimuatnaik pada Isnin.

Aksi dan skrip bersahaja yang dilakonkan Khairy ternyata berjaya mencuit hati penonton.

“Oh..Mat Luthfi, 'please, have a seat' (silakan duduk).

“Mat Luthfi, kenapa you (awak) ni tak 'tall, dark and handsome ye?' (tinggi, gelap dan kacak),” ujar Khairy.

Tinjauan Sinar Online mendapati rata-rata pelayar menyifatkan video yang menyaksikan Khairy di akhir babak video berkenaan tersebut kelakar dan mencuit hati.

Antara komen-komen pelayar ialah, "sumpah, sportinglah KJ."

Ada juga komen berbunyi "OK, 'ending' tu memang terbaik..!!!!."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top