Bella Dally akan sentiasa sokong Nazim 

Keadaan kesihatan pelakon Nazim Othman menjadi bualan hangat namun dia memilih untuk mengunci kemas mulutnya dari membuat sebarang kenyataan. Teman rapatnya, pelakon Bella Dally juga enggan mengulas lanjut mengenai perihal itu.

"Sebenarnya mengenai kesihatan Nazim, saya tidak berhak untuk membuat sebarang kenyataan. Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap berada di sampingnya untuk memberikan sokongan kepada Nazim," kata Bella.

Nazim dan Bella enggan membuka mulut mengenai hubungan rapat mereka dan tidak mahu mencanang perihal cinta sebaliknya ingin fokus kepada perkembangan kerjaya mereka.


Sementara itu, Bella juga turut berkongsi berita gembira yang kontraknya sebagai model tudung jenama Ariani akan disambung kepada dua tahun.

"Insya-Allah hujung bulan ini saya akan menyambung semula kontrak bersama Ariani yang sepatutnya tamat pada bulan ini. Pada asalnya, kontrak saya hanya untuk enam bulan namun mereka memilih untuk meneruskan kerjasama dengan saya.

"Saya sememangnya teruja kerana sekali lagi dipilih untuk menjadi wajah kepada jenama tudung Ariani ini. Setiap bulan pihak Ariani memberi kebebasan kepada saya untuk memilih dan menggayakan sepuluh tudung pilihan saya sendiri," kata Bella.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top