Harun Salim Bachik (Boboi) meninggal dunia
Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik meninggal dunia kira-kira pukul lima petang tadi.
Beliau dikatakan rebah dalam tandas di kawasan rehat dan rawat (RnR) Bukit Merah, Perak.
Anak ketiga pelakon Allahyarham Harun Salim Bachik, Ikram Al Rashid, 26 mengakui bahawa dirinya masih terkejut dengan khabar pemergian bapanya hari ini.
Menurut Ikram, Allahyarham sememangnya menghidap asma dan penyakitnya itu semakin teruk beberapa bulan sejak kebelakangan ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham adalah semalam ketika kami sekeluarga berkumpul di majlis perkahwinan sepupu di Pulau Pinang.
Dia ada berpesan mahu berjumpa saya bila pulang nanti. Itulah kata-kata terakhir Allahyarham kepada saya semasa majlis perkahwinan itu.
"Allahyarham memang menghidap asma sudah lama. Tapi saya tak sangka dia akan meninggalkan kami sekeluarga secepat ini kerana keadaannya yang kelihatan sihat ketika kami bertemu semalam,” kata Ikram ketika dihubungi Astro AWANI.
Namun begitu, Ikram tidak berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana pulang dahulu ke ibu kota.
“Hanya adik saya dan ibu saya, Suriyati yang ada dengan Allahyarham ketika beliau rebah. Jenazah berada ke Hospital Parit Buntar ketika ini,” beritahu Ikram mengakhiri perbualan dengan nada sebak.
Harun, 56 yang pernah popular dengan watak ‘gugurl’ dalam kumpulan Boboi bersama Afdlin Shauki meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak sekitar jam 5 petang tadi.
Jenazah dimaklumkan akan dikebumikan di Gombak pada esok. Allahyarham meninggalkan seorang balu, enam orang anak dan tiga orang cucu.

0 ulasan:
Catat Ulasan