Sinopsis The Eternal Zero

The Eternal Zero mengisahkan Kentaro Saeki (lakonan Hauma Miura) yang gagal dalam peperiksaan.

Akibat kegagalan itu, dia berasakan masa depannya semakin tidak menentu. Suatu hari ketika dia menghadiri pengebumian neneknya, barulah dia tahu orang yang selama ini dianggap datuk kandungnya sebenarnya adalah orang lain dan tiada langsung pertalian darah dengannya.

Datuknya yang sebenar ialah Kyuzo Miyabe (Junichi Okada) yang pernah bertugas sebagai tentera ketika Perang Dunia Kedua. Dalam usaha Kentaro untuk mencari dan mengenali datuk kandungnya itu, Kentaro bertemu dengan tentera veteran yang pernah bersama-sama berkhidmat dengan datuknya dulu.

Daripada pertemuan itu, Kentaro diberitahu yang Kyuzo seorang pengecut dan hanya fikir untuk pulang daripada terbabit dalam peperangan yang sedang meletus ketika itu.

Dalam suatu pertelingkahan, Kyuzo lari dari kem. Dalam pada itu Kyuzo berjanji untuk kembali kepada isterinya dalam apa cara sekali pun.

Bagaimanapun, timbul misteri apabila kenapa tiba-tiba Kyuzo yang dikatakan pengecut dengan rela hati menyertai misi Kamikaze.

Filem arahan Takashi Yamazaki,The Eternal Zero membawa pulang lapan anugerah pada Festival Filem Jepun ke-38 yang berlangsung di Tokyo, baru-baru ini.

Antara anugerah yang diterima termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Aktor Terbaik.

Filem berlatarkan Perang Dunia Kedua.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top