Sinopsis Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Usop Wilcha Dalam Werewolf  Dari Bangladesh menceritakan tentang kisah 20 tahun lalu semasa Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Mirdu menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya.

Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya membakar rumah Mirdu. Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Sinopsis Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang sudah dewasa yang berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Agenda jahat ini sudah diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

Pelakon Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, membariskan pelakon komedia terkemuka tanahair, Zizan Razak, juga Emma Maembong, Usop Wilcha, Saiful Apek dan ramai lagi.

Video Trailer Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top