Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015

Penyanyi Anuar Zain akan menghiburkan orang ramai menerusi persembahan eksklusif Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015 di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), MaTiC pada 6 dan 7 Mac ini.

Persembahan yang bermula pada pukul 8.30 malam itu adalah anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) iaitu acara mega yang telah dirancang di MaTiC bersempena Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest 2015).

Pengarah MaTiC, Noor Lunar Md. Salleh berkata, persembahan itu diharap dapat membantu meningkatkan lagi imej MaTiC sebagai sebuah pusat persembahan berprestij di ibu negara, selain itu ia juga dapat merancakkan lagi aktiviti festival di negara ini.


“Persembahan pada 6 Mac ini hanya terhad kepada rakan media serta rakan strategik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Manakala pada 7 Mac pula persembahan tersebut akan dibuka kepada orang ramai melalui jualan tiket hanya untuk 388 tempat duduk.

“Untuk persembahan selama satu jam itu, Anuar akan mendendangkan 10 lagu popularnya yang pasti memberi kenangan manis kepada para penonton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015 boleh membeli tiket persembahan ini terus di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau menghubungi Hame Azhar di talian 03-9235 4814 atauNazita di talian 03-9235 4830.
Tiket-tiket akan dijual pada harga dari RM250 hingga RM750. Tiket-tiket VIP juga boleh didapati dengan menghubungi Rusliza di talian 03-9235 4802. Maklumat lanjut sila hubungi Cik Farizatol Huda di talian 03-9235 4827 atau laman sesawang www.matic.gov.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top