Sinopsis Bunheads (drama bersiri Inggeris di TV2)

'Bunheads' mengisahkan watak utama Michelle Simms, seorang penari klasik profesional terlatih yang tertarik dengan lampu-lampu Las Vegas, di mana beliau menjadi seorang gadis panggung.

Selepas dia berkahwin kecintaannya terhadap bidang tarian masih berterusan. Dia kemudiannya berrpindah ke bandar kecil berhampiran pantai di California, di mana beliau tinggal bersama ibunya, Fanny, yang juga seorang bekas penari.

Fanny kini mengendalikan sebuah studio tarian tempatan. Michelle menjalinkan hubungan baik mendekati beberapa pelajar Fanny selepas perbincangan diadakan.


Antara pelajarnya yang manis dipandang bernama Boo, yang berjuang dengan jenis badan dimilikinya; Sasha degil, yang mempunyai bakat untuk menjadi seorang penari balet tetapi tidak mendapat dorongan sepenuhnya dan pada masa sama dia berdepan isu keluarga; Ginny pula miliki bentuk badan yang menawan namun dia tidak selesa dengan kulitnya sendiri; dan yang menyeronokkan si penyayang iaitu Melanie, bersedia untuk menerima apa sahaja yang diarahkan oleh perempuan itu.

Pelajar-pelajarnya mendapat manfaat daripada pengetahuan dimiliki Michelle. Begitu juga sebaliknya bila mana dia juga memperoleh manfaat dari mereka kerana mereka banyak membantu beliau menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar kecil.

Ikuti 18 episod siri menarik ini hanya di TV2.

Siri bertajuk 'Bunheads' dibintangi pelakon Sutton Foster sebagai Michelle Simms, Kaitlyn Jenkins (Boo Jordan), Julia Goldani Telles (Sasha Torres), Bailey De Young (Ginny Thompson), Emma Dumont (Melanie Segal), dan Kelly Bishop (Fanny Flowers) ini menghiburkan penonton mulai 23 Februari ini, setiap Isnin, pukul 12.30 tengah malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top