Izzue Islam ajak peminat melancong bersama ke Itali

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam apabila buat kali ketiga dia diberi peluang bercuti bersama peminat menerusi Safir Gotravel.com.

Jika sebelum ini dia berpeluang ke Macau, Hong Kong dan Korea, tahun ini Izzue akan membawa peminat berjalan-jalan mengelilingi Itali.

Menganggap ia adalah rezeki selepas berkahwin, Izzue berharap percutian ini dapat mengeratkan lagi hubungannya dengan isteri serta peminat.


“Kesibukan kerja membuatkan saya tidak berpeluang berbulan madu dengan isteri sejak kami berkahwin dua tahun lalu. Namun begitu, peluang yang diberikan oleh mereka yang berkenaan membolehkan kami bercuti bersama-sama meskipun ia dilakukan atas dasar kerja.

“Alhamdulillah buat kali ketiga saya dapat bercuti dengan isteri dan juga peminat. Rasa keseronokan berganda kerana bukan semua orang berpeluang bercuti seperti ini.

“Sebagai ikon Safir Gotravel.com rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan seperti ini. Diharap kerjasama ini akan berterusan sampai bila-bila,” katanya.

Peluang bercuti bersama Izzue akan berlangsung pada 27 November ini selama lapan hari enam malam pada harga RM6,490 untuk seorang.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan seninya, Izzue berkata selain sibuk dengan promosi bersama Safir Gotravel.com dia juga sibuk mempromosikan single baru Forteen berjudul Linangan Terakhir.

Selain itu, dia juga sudah mula aktif mengacara beberapa program di RTM dan HyppTV selepas diberi kepercayaan mengacarakan karpet merah pada Anugerah Skrin tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top