Penyanyi veteran Datuk Dhalan Zainuddin masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Penyanyi era 70-an, Datuk Dhalan Zainuddin, 74, dimasukkan ke Hospital Ampang akibat jangkitan paru-paru sejak enam hari lalu.
Dhalan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, keadaan kesihatannya kini semakin pulih berbanding beberapa hari lalu yang kerap batuk tanpa henti.
“Sebenarnya saya sudah batuk sejak setahun lalu dan hanya membuat pemeriksaan berkala dengan doktor keluarga sahaja biarpun diarahkan untuk masuk wad kerana saya banyak buat persembahan nyanyian. Cumanya penyakit ini semakin serius minggu lalu hingga badan saya sudah tidak berdaya lagi menahan batuk.
“Saya terus dimasukkan ke wad kecemasan bagi pemeriksaan jantung pada petang Jumaat lalu selama tiga jam sebelum dimasukkan ke wad biasa pada sebelah malamnya,” katanya.
Pelantun lagu Kisah Seorang Biduan itu bagaimanapun bersyukur kerana tiada jangkitan dikesan pada jantungnya kerana sebelum ini dia pernah menghidap penyakit yang sama.
“Alhamdulillah jantung tiada apa-apa. Doktor hanya mengatakan saya terkena jangkitan kuman di paru-paru.
“Saya pernah mengalami sakit yang sama 10 tahun lalu dan membuat pembedahan pintasan jantung di hospital swasta,” jelasnya.
Mengenai tahap kesihatannya yang tidak menentu itu katanya, dia sering kali demam pada sebelah malam akibat batuk yang tidak henti.
“Setiap malam saya akan demam hingga memaksa doktor memasukkan antibiotik setiap hari ke badan saya untuk mengelak badan menjadi lemah.
“Hari ini saya sudah mampu bercakap, kalau tidak sebelum ini saya tidak mampu bercakap langsung disebabkan batuk yang melampau,” katanya yang dijaga oleh isteri serta anak-anaknya.
Antara rakan-rakan artis yang turut melawat Dhalan di hospital ialah Datuk DJ Dave, Zaiton Sameon, Rohana Jalil, Datuk A. Rahman Hassan dan isteri serta Nancie Foo. ~ Utusan

0 ulasan:
Catat Ulasan