Sinopsis teater bangsawan Raja Ku Puteh
Raja Ku Puteh mengisahkan Raja Engku Puteh yang menjadi pemerintah di negara Cempura Emas selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Raja Tunggal Al Salam kerana sakit tua serta bondanya Permaisuri Intan mangkat ketika melahirkannya dahulu.
Engku Puteh sangat disukai rakyat kerana sikapnya yang ceria dan peramah. Walaupun dirinya berkulit hitam, namun ianya tidak langsung mengganggu emosinya setiap kali berhadapan dengan rakyat dan juga pembesar-pembesarnya.
Raja Engku Puteh sudah bersedia untuk mempunyai permaisuri, lalu Raja Senyum yang juga sahabat Raja Tunggal bersedia menyatukan Puteri kesayangannya iaitu Puteri Kurnia dengan Engku Puteh.
Teater bangsawan Raja Ku Puteh bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut pada 10 hingga 12 April depan jam 8.30 malam.
Teater Raja Ku Puteh menampilkan nama-nama yang sudah sinonim dengan GMO serta barisan peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Lokman Harmin (Raja Ku Puteh), Puteri Laila (Puteri Kurnia), Wan Wala (Raja Ku Puteh 2), Bocil Saywho (Raja Tunggal Al Salam) dan Vicha Saywho (Permaisuri Intan).
Tidak ketinggalan berlakon ialah Shazli Ekzos (Pawang Rendra), Wan Raja (Pendeta Kilat), Ali (Guruh), Weera (Dato Samar) dan Bakar Din (Raja Senyum).
Artis jemputan yang ditampilkan ialah Saleem Iklim dan Aine Yusuf serta penari The Unplugged Malaysia Dancer.

0 ulasan:
Catat Ulasan