Girls Generation & Shinee Bakal Buat Persembahan di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan kumpulan lelaki popular Korea Selatan SHINee akan menyertai Girls' Generation dalam barisan utama yang membuat persembahan di konsert kemuncak kepada acara berprestij perlumbaan Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 pada 29 Mac 2015.

Persembahan kedua-dua kumpulan ini akan berlangsung mengikut giliran selama dua jam, dari 6 petang hingga 8 malam.

Artis popular tempatan turut menyertai Girls' Generation dan SHINee sebagai pembukaan konsert.


Kehadiran mereka atas jemputan pihak penganjur adalah untuk memberi kejutan dan berita gembira kepada peminat muzik Korea tempatan dan luar negara.

Harga tiket serendah RM80 penonton berpeluang menyaksikan perlumbaan F1 serta berhibur di konsert selepas perlumbaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali, jualan tiket cukup memberangsangkan sejurus selepas pengumuman dua kumpulan ini yang menggantikan Lennny Kravitz yang bakal menjayakan konsert pada hujung bulan ini.

Pintu akan dibuka pada pukul 5 petang selepas perlumbaan F1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top