Fad Bocey bakal bernikah 14 Mac 2015

Pelawak Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd. Nizam memilih tarikh 14 Mac ini sebagai tarikh pernikahannya dengan kekasih, Nursyahirah A. Rahman, 21.

Menurut Fad, setelah dua tahun mengenali Nursyahirah, dia yakin untuk melamar gadis tersebut sebagai suri hatinya.

“Saya mengenali dia melalui Jihan Musa, jadi dari situ memang saya cuba berkawan.

Pelawak Fad Bocey

“Kami bercinta tidak lama. Pada mula saya mengenalinya, saya ingat dia seorang yang pemalu, tetapi semuanya itu meleset memandangkan kami mempunyai persamaan,” katanya.

Menurut Fad, walaupun bakal isterinya itu berasal dari Jitra, Kedah, mereka berdua memilih untuk hanya mengadakan satu majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Saya hanya akan bernikah di Jitra pada 14 Mac ini dan resepsi saya akan berlangsung pada 23 Mei di Kuala Lumpur. Memang pada awal perancangan, saya mahu adakan resepsi di Johor dan Jitra, tetapi jadual saya agak ketat.

“Setakat ini, semua persiapan pernikahan berjalan dengan baik dan kebanyakannya diuruskan oleh Nursyahirah sendiri,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top