Sinopsis The Gunman 

‘The Gunman’ mengisahkan tentang Jim Terrier (Sean Penn), bekas anggota tentera dari skuad khas yang kemudiannya bergelar pembunuh upahan. Tidak mahu terus mempertaruhkan nyawanya dalam keadaan bahaya, Jim memutuskan untuk membina kehidupan baru bersama teman wanitanya, Annie (Jasmine Trinca). Dia cuba menyelesaikan tugasan terakhirnya dengan baik dan sempurna agar hasratnya untuk meninggalkan organisasi yang disertai itu berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, hasrat Jim untuk mengundurkan diri itu mendapat tentangan rakan-rakan sepasukannya. Malah mereka juga merancang konspirasi agar rancangan Jim untuk meninggalkan organisasi mereka tidak menjadi kenyataan. Jim difitnah dan kemudiannya terpaksa berdepan misi baru dalam usaha untuk membersihkan namanya kembali.

Situasi itu memerlukan Jim menjelajah sehingga ke Eropah untuk mencari kebenaran. Dia bukan sahaja memburu tetapi juga diburu. Lebih malang, teman wanitanya juga dijadikan sasaran kerana dirinya.

The Gunman
Poster The Gunman


FILEM:  The Gunman
BAHASA: Inggeris
GENRE: Aksi/thriller
PENGARAH: Pierre Morel
PELAKON: Sean Penn, Idris Elba, Javier Bardem dan lain-lain.

Trailer The Gunman

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top