Tajaan Kahwin Pengacara Iesya Toh, RM1 juta

Pengacara Iesya Toh, 30, tidak menyangka majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 29 Mei nanti mendapat tajaan pelbagai pihak hingga mencecah RM1 juta.

Iesya yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia bakal dinikahkan dengan pasangannya, Huzairee Mohamad, 34, di Masjid Angkasapuri, di sini, pada pada 9 pagi.

Difahamkan, majlis pernikahan itu juga akan disiarkan secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM.

“Pada peringkat awal, saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana saja. Namun, ia jadi sebaliknya pula.

Iesya Toh

“Semuanya bermula bila nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan selepas keluar cerita saya nak kahwin, ramai pihak yang berminat dan menghubungi perancang majlis, Jazznyta Rahim Artistic Team untuk menaja majlis pernikahan dan persandingan saya nanti,” katanya.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh berkata, dia dan bakal suami tidak menolak penajaan kerana ia rezeki Allah SWT.

Menurut Iesya, selepas bernikah pada sebelah malamnya akan diadakan majlis persandingan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Ini diikuti majlis persandingan khusus untuk peminat tempatan dan Singapura di Padang Angkasapuri keesokannya.

Dalam majlis pernikahan, pihak lelaki akan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.

~ Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top