Pelakon Hanis Zalikha telah berhijab (bertudung)

Hanis Zalikha telah memakai tudung dan kini tampil dengan imej berhijab.

Perkara itu diumumkan oleh kekasih Hanis, pelakon Hairul Azreen menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik Hairul dengan kapsyen, "Alhamdulillah, bakal tunang saya sudah berhijab. 1 Mac 2015."

Perkara itu mendapat pujian serta kata-kata positif dari pelbagai pihak yang meninggalkan komen di laman Instagram Hairul.
Hanis Zalikha telah berhijab (bertudung)

Pasangan selebriti ini bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi selepas Hairul membuat kejutan melamar Hanis dalam satu program siaran langsung di sebuah stesen televisyen berbayar awal Januari lalu.

Baru-baru ini, Hanis dan Hairul juga telah bercuti ke Eropah ditemani keluarga Hanis untuk membeli barangan perkahwinan menjelang saat bahagia mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top