Hazama terkejut didakwa semakin sombong

Penyanyi Hazama rasa hairan didakwa kini bersikap sombong dan tak pasti bagaimana ada pihak yang melabelnya begitu.

Hazama jelaskan dia tidak pernah merasakan dirinya terlalu hebat sehingga sanggup bersikap demikian terhadap orang lain.

"Saya cukup terkejut apabila didakwa sedemikian dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bersikap seperti mana didakwa."Malah rasanya saya dikenali sebagai peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Jika benar saya seorang yang sombong pasti temu bual ini pun saya tidak akan layan," kata Hazama.

Dalam pada itu, Hazama berkata, dia tidak mahu memikirkan soal berkenaan kerana tidak mampu menilai dirinya sendiri.

Baginya, rakan-rakan terdekat mengetahui sifat sebenarnya dan menganggap pihak yang menyebarkan kononnya dia semakin sombong mempunyai masalah peribadi dengannya.

"Dari dulu sampai sekarang sama sahaja namun terpulang kepada orang lain yang ingin menilai kerana saya tidak mempunyai kuasa tentang perkara itu.

"Barangkali pihak yang mendakwa itu mempunyai masalah peribadi dengan saya atau dia memang tidak sukakan saya," katanya.

Malah kata Hazama, sepanjang melibatkan diri dalam industri seni suara dia belum pernah mendapat rungutan tentang sikapnya.

Hazama bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Sampai Mati.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top