Pelakon Erin Malek sah mengandung

Selepas hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan, detik yang paling ditunggu Erin Malek, 21, akhirnya tiba apabila disahkan mengandung cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan pasangannya, Farriz Fauzy.

Lebih menggembirakan, pelakon yang pernah popular menerusi drama Miziku Kuza terbitan stesen televisyen tempatan ini dikatakan sedang mengandung anak kembar.

Pelakon Erin Malek sah mengandung

Berita baik ini disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Erin sebentar tadi.

Juara Fear Factor musim kedua ini selamat diijabkabulkan dengan Farriz, 30, pada 10 Oktober 2014. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top