Minggu pertama Raja Lawak 6 tiada peserta yang tersingkir walaupun 3 peserta terendah dipanggil ke pentas iaitu KING, SKEMA dan ZERO.

Dalam musim yang baru ini juga, beberapa pembaharuan diperkenalkan sepeti Cif Besar dan Cif Kecil yang akan memberikan segala panduan dan bantuan kepada peserta. Juri Maharaja Lawak iaitu Ahmad Idham telah dilantik sebagai Cif Besar manakala bekas peserta Raja Lawak iaitu Yus, Tauke dan Angah. Juri baru juga diperkenalkan iaitu Sheila Rusly menggantikan Afdlin Shauki dan mengekalkan David Teoh dan Sathia sebagai juri tetap.

Raja Lawak 6

Secara keseluruhan, peserta mempersembahkan persembahan yang sederhana dan kebanyakan peserta mempersembahkan sketsa yang mereka persembahkan ketika sesi uji bakat Raja Lawak 6. Walaupun sederhana, terdapat beberapa peserta yang berjaya mencuit hati juri dan penonton untuk ketawa dan terhibur.

Berikut adalah peratusan markah peserta Raja Lawak 6 yang diterima selepas talian undian ditutup.

1. SHIRO - 14.3%
2. SELAK - 12.5%
3. KODAN - 11.5%
4. CUIT - 10.9%
5. KETUPAT - 9.7%
6. RIKI - 8.1%
7. 2YOL - 8.0%
8. GMAN - 6.4%
9. ALBOB - 4.8%
10. KING - 4.8%
11. SKEMA - 4.6%
12. ZERO - 4.4%

Kesemua 12 peserta Raja Lawak 6 akan berentap semula dalam minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 6. Siapakah yang bakal tersingkir dalam minggu seterusnya ini? Apakah pula tema persembahan yang akan mereka persembahkan nanti? Saksikan Gelanggang Raja Lawak 6, setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132)

Dapatkan maklumat terkini Raja Lawak 6 di laman web rasmi Raja Lawak 6. Layari http://www.rajalawak.com.my dan ikuti info-info terkini di laman Facebook Raja Lawak 6 di http://www.facebook.com/RajaLawakMusim6 dan laman Twitter Raja Lawak 6 di http://twitter.com/RajaLawakAstro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top