Raja Lawak musim ke 6 (RL6) bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132.

Juri Raja Lawak 6 terdiri dari barisan juri 1Malaysia iaitu penerbit terkenal David Teoh, pelawak Sathia dari kumpulan Pimai serta penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly.

Poster Raja Lawak 6

Pasangan pelawak terkenal, Johan dan Zizan yang membentuk kumpulan Jozan kembali menjadi hos untuk program lawak ini. Turut diperkenalkan sebentar tadi ialah Cif Besar RL6, pengarah Ahmad Idham.

Sementara itu, barisan peserta RL6 juga turut diperkenalkan secara unik di mana mereka tampil bersama tenaga pengajar masing-masing. Tenaga pengajar mereka digelar sebagai Cif Kecil untuk program RL6 ini.

CIf Kecil pertama diperkenalkan ialah Tauke dari kumpulan Jambu yang muncul bersama anak-anak buahnya iaitu Zero, Shiro, Skema dan Kodan.

Cif Kecil kedua ialah Yus yang juga dari kumpulan Jambu tampil bersama anak-anak buahnya iaitu Cuit, Selak, Gman dan Albob.

Manakala Cif Kecil ketiga ialah Angah yang memberi tunjuk ajarnya pada King, Ketupat, 2yol dan Riki.

Persembahan para peserta untuk minggu ini bertemakan bebas dan seperti yang dijangka, tiada penyingkiran pada minggu pertama ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top