Sesi uji bakat Ahli Muzik Orkestra Simfoni Remaja

Peluang kepada mereka yang berbakat dalam muzik untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang ini secara profesional.

Dalam usaha untuk memupuk dan menggilap bakat serta minat generasi muda dalam muzik, Bahagian Muzik Istana Budaya bakal mengadakan sesi uji bakat Ahli Muzik Orkestra Simfoni Remaja (OSR) di Orkestra Lounge, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 14 Januari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam IB, pendaftaran bermula daripada 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, manakala sesi uji bakat dimulakan pada 10.30 pagi hingga 5 petang.

Instrumen yang diperlukan untuk sesi ini ialah flute, oboe, klarinet, bassoon, french horn, trumpet, percussion / timpani, viola, cello atau double bass Calon yang berminat untuk menyertai sesi bakat ini mestilah mempunyai ABRSM Gred 5 atau setaraf, selain berkebolehan membaca nota muzik atau sight reading (muzik akan diberi semasa uji bakat diadakan).

Maklumat lanjut, sila hubungi Ruslan Pilus di talian - 019 284 8630.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top