Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata, pihaknya menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk disebarkan kepada keluarga berkenaan bahawa mereka tidak dibenarkan melawat pelatih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Sungai Buloh bagi mengelakkan penularan penyakit di kalangan anggota keluarga.
"Kepada pihak keluarga kita minta beri kerjasama dengan arahan Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, setiap pelatih tetap diberi kebenaran untuk menghubungi anggota keluarga terdekat untuk memaklumkan mengenai tahap kesihatan mereka.
"Namun, sekiranya ada urusan yang memaksa mereka untuk melakukan lawatan ke atas pelatih-pelatih ini, kita akan pertimbangkan juga,” katanya.
Katanya lagi, sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 40 pelatih, 34 di HKL dan enam lagi di Sungai Buloh telah direkodkan. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan