Kris yang menerima peralatan kelengkapan solat sebagai mas kahwin daripada suaminya ini telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Trenggono dengan bersaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Tri Sutrisno yang mewakili Kris dan Arif Abdullah Saga pula mewakili Raul.
Melahirkan rasa syukur dengan kelancaran majlis pernikahan kali keduanya, pelantun lagu Menghitung Hari ini berdoa semoga ikatan yang baru dibina ini bahagia sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan dan doa saya rumah tangga saya kali ini akan lebih rukun dan damai serta dirahmati Allah," kata Kris Dayanti yang juga memohon restu daripada orang tuanya dan Raul selepas majlis pernikahan berlangsung.
Majlis pernikahan mentan isteri Anang Hermansyah itu dihadiri oleh 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan itu dan tidak ketinggalan juga beberapa artis popular Indonesia seperti Rossa dan Desi Ratnasari.
Oleh: SAHARUDDIN MUSTHAFA (dari Jakarta)

0 ulasan:
Catat Ulasan