Malah, penghijrahan diri Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge) juga telah membuatkan mereka sepakat memperjuangkan lagu-lagu berbentuk dakwah.
Amer yang mewakili kumpulan itu berkata, mereka kini lebih tenang menjalani kehidupan sekarang dan masih mahu meneruskan minat yang mendalam dalam bidang muzik walau dalam bentuk dakwah.
"Biarpun selama ini kami memang berkawan antara satu lain, kami pun tak sangka pula boleh dipertemukan dan kini boleh bersatu menjadi sebuah kumpulan nasyid. Yang mana masing-masing mahu mencari jalan untuk mendapatkan hidayah yang diturunkan oleh Allah.
"Bila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama Al Mawlid," jelasnya yang telah dipertemukan bersama rakan-rakannya itu di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat beberapa tahun lalu.
Namun, Amer telah menegaskan yang mereka belum bersedia untuk dilabel sebagai kumpulan dakwah lagi kerana misi mereka hanya untuk mengajak umat Islam cintakan Allah dan Rasullah.
"Kami sepakat mahu dikenali sebagai Al Mawlid. Ia bermaksud kelahiran Rasulullah. Tapi, kami anggap ianya juga satu simbolik kepada kelahiran semula kami dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu dilabel sebagai kumpulan dakwah kerana masih belum layak lagi. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat menerusi nyanyian. Itu saja.
"Lagipun kami tidak terfikir untuk bergerak secara komersil lagi tetapi jika ada permintaan mungkin kami akan keluar dengan single satu persatu terlebih dahulu," katanya.
Apa yang pasti, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut telah dianggotai oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.
Meskipun kumpulan Al Mawlid baru sahaja ditubuhkan tahun lalu, namun Amer mengakui jadual mereka ternyata cukup padat bagi memenuhi undangan untuk membuat persembahan sepanjang bulan puasa ini.
"Pada mulanya kami tidak menyangka akan mendapat undangan membuat persembahan yang banyak memandangkan Al Mawlid masih lagi baru. Bagaimanapun, itu semua adalah rezeki untuk kami menghiburkan orang ramai pada bulan yang mulia," katanya lagi.
Mereka kini bergerak dan membawakan lagu-lagu nasyid menerusi lagu Cahaya Seluruh Alam iaitu single yang dicipta oleh Amer, lagu Belaian Jiwa 1432 ciptaan Pot dan single berjudul Yang Penuh Dosa yang dicipta oleh Lah.
Credits: murai.com.my
0 ulasan:
Catat Ulasan