Ashraf Muslim antara artis yang mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk mengerjakan umrah.

Rasanya, sudah tiga kali Ashraf berpuasa di Tanah Suci. Cuma bezanya, selebriti yang kini menumpukan perhatian sebagai pengamal perubatan Islam bakal bernikah di Tanah Suci dengan wanita pilihan hati, Noor Dayana Lokman, 24.

Dikhabarkan Ashraf bersama saudara-mara terdekat akan `terbang' pada 17 Ogos ini dan berada di sana kira-kira dua minggu. Majlis pernikahan pula bakal disempurnakan pada 1 Syawal.


Kiranya, sekarang pelakon filem Aku Masih Dara itu sibuk dengan persediaan untuk kedua-dua detik penting dalam hidupnya itu. Kita doakan saja perancangan mendirikan masjid itu dipermudahkan Yang Maha Kuasa.

Dengarnya, majlis resepsi di sebelah keluarga pengantin perempuan dijadualkan berlangsung pada 17 September ini di kediaman keluarganya di Gombak, manakala pihak Ashraf sendiri mengadakan kenduri menyambut menantu di MITC Melaka, seminggu kemudian.

Apa pun, kita doakan saja segala-galanya selamat buat kedua-dua bakal mempelai yang tentu saja berdebar menanti detik bahagia mereka.

Petikan: Cik Normah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top