Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiada halangan untuk artis tanah air berdakwah tetapi mereka perlu berhemah dalam melakukan kerja itu, apatah lagi di dalam sebuah masjid.

Katanya, mereka tidak perlu menyakitkan hati mana-mana pihak ketika berdakwah dan kecuaian boleh menyebabkan ada pihak tersinggung dan mempertikaikannya.

“Apabila berdakwah di luar batasan, ia menimbulkan perasaan benci, ia dengan sendirinya terkeluar daripada budaya orang Melayu yang selama ini bersopan dalam semua perkara," katanya.

Beliau mengulas tindakan seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang di sini, semalam.

Jamil berkata, berdakwah terutama di masjid mempunyai adab yang perlu dipatuhi dan tidak perlu menggunakan cara negatif seperti dilakukan oleh Azmil. - Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top